Wednesday, October 20, 2010

PROFAIL MASJID JAMEK PULAI SEBATANG DI ABAD KE - 20


                                            
Alamat          Batu 44 Kg Pulai Sebatang 82100 Ayer Baloi Pontian Johor
Telefon          07 6933578 (Pengerusi)
Blog              http://masjidpulaisebatang.blogspot.com/
Facebook     masjid pulai sebatang

                                                     Sebahagian Ahli Jawatankuasa



LOKASI MASJID

Masjid Jamek Pulai Sebatang terletak di Batu 44, tepi jalan besar dari Pontian ke Benut/Batu Pahat. Di atas tapak asal wakaf ini terdapat tanah perkuburan, kebun kelapa sawit dan sebuah rumah sewa dua pintu. Kebun kelapa sawit dan rumah sewa ini dapat menyumbangkan sedikit pendapatan kepada masjid.

Lot tanah bersebelahan masjid (Lot 3659) adalah bidang tanah yang baharu dibeli oleh pihak masjid melalui lelongan bank dalam tahun 2008. Di atas lot tanah yang baharu dibeli ini terdapat Pusat Jalurlebar Komuniti yang diwujudkan oleh pihak kerajaan melalui Syarikat Telekom Malaysia. Ini juga memberi pendapatan melalui sewaan bulanan. Di atas tapak ini juga pihak masjid telah menempatkan stor tong gas memasak yang merupakan satu bidang perniagaan masjid.

Pembiayaan pembelian tanah lelongan ini adalah dari dua punca. Pertama adalah daripada sistem wakaf yang diwujudkan khas untuk tujuan itu. Pewakaf-pewakaf terdiri daripada penduduk setempat dan juga sedikit dari luar. Jumlah kos pembelian tanah ini adalah RM170.000.00 . Sebanyak RM 150.000.00 adalah daripada pewakaf/penderma dan baki RM 50.000.00 daripada JAIJ.



                AKTIVITI UNUN PENGINDAHAN DAN KESELESAAN KAWASAN MASJID

Bahagian halaman hadapan dan sebelah masjid termasuk kawasan Pusat Jalurlebar serta dua jalan utama menuju kekawasan wakaf/perkuburan telahpun ditar. Kawasan sekeliling masjid dihiasi dengan pokok-pokok bunga dalam pasu dan juga ditanam terus ditanah.

               Bagi dalam kawasan perkuburan pula,jalan-jalan denai ditambak dengan batu kerikil merah
                                

Bagi keselamatan para jemaah dan barangan dalam dan luar masjid pula, masjid ini telah dilengkapi dengan sistem TV litar tertutup (CCTV). Walaupun jumlah kemera yang dipasang hanya empat unit sahaja, tetapi ini telah dapat mengurangkan masalah kehilangan kasut, dan kehilangan wang dalam tabung masjid yang selama ini membingungkan pihak AJK.
                                                                                        
                                                                            

Untuk keselamatan / persediaan daripada masalah kebakaran pula, telah disediakan alat pemadam api didalam masjid dan distor serta tempat memasak. disamping alat pemadam api ini, pihak masjid telah juga mendapatkan skim Takaful kebakaran

                                                      KESELESAAN DALAM MASJID

Selain daripada bilik mesyuarat, ruang solat masjid telah dilengkapi dengan alat penghawa dingin. Sejumlah sebelas unit penghawa dingin telah dipasang
Kemudahan buku-buku, kitab-kitab serta musyhaf Al-Quran juga tersedia untuk para jemaah ditempat yang mudah mereka mendapatkannya. Buku-buku ini terletak didalam dua buah almari didinding hadapan ruang solat dan juga dibeberapa tiang ditengah-tengah ruang solat

                                                       
Untuk kemudahan penyampaian maklumat kepada jemaah dalam majlis-majlis tazkirah,ceramah, kelas-kelas bimbingan dan sebagainya, sistem alat pandangdengar yang terkini telah diperolehi. Sistem ini mengandungi sebuah komputer riba, alat pemancar LCD dan skrim putih termasuk sebuah mesin pencetek warna. Selain daripada itu, masjid juga telah mempunyai sebuah PC dengan pencetak 'dot-matrix'.
AKTIVITI - AKTIVITI

Aktiviti  yang dijalankan dimasjid ini secara kesarnya terbahagi kepada lima bahagia.

(1) Aktiviti tetap harian,
(2) Mingguan,
(3) Bulanan,
(4) Tahunan,
(5) Keperluan semasa
   
Aktiviti harian selapas solat Maghrib setiap malam Sabtu, Ahad , Rabu : Majlis membudayakan Al Quran  (bacaan/tadarrus Al Quran serta menghayati terjemahannya


AKTIVITI MINGGUAN :

Aktiviti mingguan pula ialah tiap malam Jumaat: Bacaan Yassin, Tahlil dan menghayati hadith.
Malam Isnin                             Kuliah Maghrib
Malam Selasa                          Wirid Khaujakan
Malam Khmis                          Tajwid Al Quran
Dwi-Mingguan, Malam Rabu  Pengajian Berzanji

Aktiviti harian yang lain pula ialah kelas-kelas pengajian Al Quran yang dibimbing oleh Tuan Hj Bachok Bin Hj Dumang iaitu malam Selasa, Rabu, Sabtu dan pagi Isnin, Selasa, Rabu dan khamis.

Satu lagi kelas pengajian Al Quran untuk kanak-kanak di bawah bimbingan En Zainudin Bin Hj Talib, yang juga merupakan guru Al Quran bertauliah dan telahpun memiliki 'ijazah' sanad. Kelas bimbingan beliau ini adalah pada setiap petang Isnin, Selasa dan Rabu.

AKTIVITI BULANAN

Aktiviti bulanan pula ialah Mesyuarat AJK yang biasanya diadakan pada minggu keempat malam Jumaat.

Kuliah agama oleh Pensyarah jempuyan diadakan pada malam Isnin pertama pada tiap bulan

AKTIVITI TAHUNAN

1.) Majlis bacaan doa ahkir tahun dan awal tahun hijriah
2.) Majlis Maulid Al -Rasul

                                          Maulidul - Rasul (dahulu )
                                          Maulidul - Rasul ( kemarin )      
                                         Maulidul - Rasul ( kini )                                         
                                        
PENGLIBATAN RAKANMUDA SEMPENA MAULIDUR RASUL

Untuk melibatkan golongn muda menghayati dan medekatkan diri dengan masjid, bermula dengan majlis sambutan maulidur rasul, pihak masjid telah mengadakan pertandingan Futsal. Semua pertandingan telah diadakan digelanggang Futsal yang telah dibina olah pihak kerjaan dipekan Kampong Jawa. penganugerahan hadiah telah dijalankan dimasjid pada hari sambutan Maulidur Rasul

3.) Majlis Israk Mikraj
4.) Majlis Nisfu Syaaban
5.) Majlis gotong royong membersihkan masjid dan sekitar untuk menyambut Ramadhan
6.) Tadarrus Al Quran sepanjang malam bulan Ramadhan
     Penyediaan dan pengagihan bubur lambok,
     Penyampaian bantuan/ sedekah kepada fakir , miskian anak yatim warga emas
     Majlis khatam Al  Quran
     Majlis Nuzul Quran
     Ziarah dan penyampaian bantuan kepada warga emas uzur dan orang kurang upaya
     Qiamul Lail- sepuluh malam terakhir Ramadhan

Menyediakan barangan untuk sedekah dan ziarah warga emas dan OK

Menyampaikan bantuan terus kerumah warga emas dan OKU. Ini dilakukan oleh Pengerusi AJK , Tuan Imam 1, Iman 2, Bilal, Pengerusi JK Kebajikan, Bendahari serta beberapa orang lagi AJK.
                                        

Memasak bubur lambuk
Ceramah khas sempena Nuzul Quran - berkenaan Zakat oleh Al-Fadhil Utz Mohd Fauzi Bin Bachok (Kadhi Daerah Pontian
                                          
  Kegiatan tadarus setiap malam selepas solat Maghrib yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan melibatkan golongan dewasa dan kanak-kanak  ( dalam lingkungan usia 9 hingga 13 tahun ), lelaki dan permpuan. Kumpulan yang dibentuk berjumlah 10 buah bagi orang dewasa ( antara 6 dan 8 orang satu kumpulan ) dan 2 dua kumpulan kanak-kanak ( antara 7 dan 9 orang satu kumpulan ). Kumpulan lelaki 5 buah dan wanita 5 buah. Bagi kanak-kanak pula, satu kumpulan lelaki dan satu kumpulan perempuan

Dalam majlis khatam yang dijalankan diakhir bulan Ramadhan, bagi tahun ini, kumpulan kanak-kanak diketengahkan untuk melaksanakannya

                                                 
                                        
7.) Ziarah serta marhaban rumah kerumah meraka yang menjemput, sepanjang 20 malam dibulan syawal
  
Berzanji dan marhaban majlis ziarah Syawal
Majlis ini juga disertai oleh kaum wanita
 8.) Majlis meraikan bakal-bakal haji dari qariah
9. ) Majlis qurban berkelompok
Program korban secara berkelompok ini dijalankan dengan cara 'saham' . Iaitu, peserta membuat bayaran secara ansuran untuk bahagian yang meraka kehendaki. Dengan sistem ini, lebih ramai dapat menyertainya dan ada ketiknya sehingga 8 ekor lembu dikorban
  
                                                      AKTIVITI - AKTIVITI LAIN
                                                      
1,) MAJLIS KHATAM AL QURAN
     Majlis khatam  Al Quran bagi pelajar yang telah mengikuti kelas Al Quran daripada guru bersanad dan juga khatam bersanad beberapa orang pelajar dari ahli kariah dan juga luar telah diadakan di masjid ini. Ini kerana guru yang bertauliah dan bersanad adalah  Tuan Imam 1, sendiri iaitu Utz Hj Bachok Bin Hj Dumang


 
 
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      



2.) SKIM TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK

Program skim takaful keluarga berkelompok ini telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu dan masih kekal hingga kini. Skim ini dapat membantu keluarga yang kematian ahli keluarganya sekurang-kurangnya untuk belajar  pengkebumian dan lain-lain perbelanjaan berkaitan dengan kematian berkenaan.

Skim ini telah disertai lebih kurang 30 keluarga. Ianya masih diuar-uarkan dan masih menharapkan lebih ramai ahli kariah menyertainya

3.) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TB AHLI PARLIMEN

Majlis berbuka puasa bersama TB Ahmad Bin Mazlan, Ahli Parlimen, merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Pulai Sebatang

YB menyampaikan cek sumbangan untuk masjid

Juga menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin
4.) KURSUS PENGURUSAN JENAZAH UNTUK WANITA
Tenaga pengajar bagi kursus ini ialah Pegawai dari Jabatan Agama Islam Daerah
5.) KURSUS KHAS UNYUK AJK
Bersempena daegan pengwujudan Pusat Jalurlebar Komuniti, AJK telah diberikan satu siri kursus 3 sessi. Kursus ini diadakan di sebelah malam bagi memberikan ruang masa yang sesuai untuk AJK yang kebanyakannya mempunyai pekerjaan diwaktu siang. Latihan ini mendapat kerjasama dari pihak pengendali Pusat Jalurlebar Komuniti, iaitu Syarikat Telekum Malaysia Berhad.

6.) PERKHIDMATAN KEMUSYKILAN AGAMA MELALUI 'SMS'
Perkhidmatan ini telah diperkenalkan dengan dua objektif utama. Pertama ialah untuk menggalakkan agar sesiapa juga boleh mengemukakan sebarang masaalah atau kemusykilan berkaitan dengan soal agama . Kedua, secara tidak langsung, perkhidmatan ini akan dapat menarik lebih ramai jemaah datang ke masjid untuk solat bejemaah terutamanya solat Maghrib dan Isyak. Ini kerana, bagi meraka yang mengemukakan soalan melalui SMS, jawapan penuh tidak akan diberikan melalui SMS. Sebaliknya, meraka akan dipelawa hadir ke program kuliah maghrib yang diadakan setiap Isnin, untuk mendapatkan jawapan yang lebih lengkap Perkhidmatan ini adalah kerjasama antara Biro Penerangan dan Penerbitan dengan Tuan Imam .1.

7.) PENERBITAN 'BULETIN SAHABAT MASJID JAMEK PULAI SEBATANG.
Buletin atau risalah ini diterbitkan dua minggu sekali setiap hari Jumaat. Ianya diedarkan kepada para jemaah pada jemaah di masjid inipada waktu-waktu lain
Halaman pertama Buletin, dikhaskan untuk ditulis oleh Tuan Imam 1. Skop atau tajuk adalah bebas dipilih oleh beliau sediri.
Bagi halaman kedua pula, buat masa ini (lebih kurang antara70 dan80 peratus halaman kedua ini ditulis oleh Imam 3(bilai). Halaman ini juga dimuatkan dengan maklumat-maklumat semasa berkaitan dengan perkembangan atau kegiatan masjid, kegitan kampong, ataupun berkenaan dengan masalah-masalah semasa seperti wabak ternakan dan sebagainya. Maklumat sebeginilah yang memenuhi baki ruang halaman kedua ini (antara 20 dan 30 peratus
Contoh kepada risalah Buletin Sahabat Masjid Jamek Pulai Sebatang
8.) KEMPEN MENARIK JEMAAH MENGIMARAHKAN MASJID
Selain daripada berkempen mempelawa atau memotivasi agar penduduk setempat melibatkan diri bersama dan datang mengimarahkan masjid, terutamanya bersolat berjemaah setiap solat fardu melalui buletin, mulut kemulut dan mengadakan majlis-majlis yang melibatkan semua peringkat penduduk, kempen melalui benner juga di buat. Pada bulan Ramadhan, benner yang menonjolkan kelebihan beribadat dimasjid sepanjang bulan Ramadhan telah di pasang diperkarangan masjid dan sekitar kampong, Banner atau banting-banting ini (berukuran 1 meter x 2 meter) di pasang ditempat laluan utama penduduk. Apabila Ramadhan beakhir, banting-banting baharu yang bertujuan yang sama dan mesej-mesejnya juga berkesinambungan dengan banting bulanan Ramadhan di pasang ditempat-tempat yang serupa





ANUGERAH DAN PENGHARGAAN YANG TELAH DIPEROLEHI.
Beberapa penghargaan dan anugerah yang telah diterima oleh Masjid Jamek Pulai Sebatang yang dapat disenaraikan adalah seperti berikut :
a ).Jawatankuasa paling aktif -1995
b ) Anugerah masjid wawasan sepena Maal Hijrah - 1999
c ) Pemenang kempen Tandas Bersih sempena bulan Kemerdekaan - 2004
d ) Tempat ketiga Anugerah Masjid Cemerlang - 2007
e ) Penghargaan atas kerjasama dan sumbangan daripada Badan Kebajikan Sekolah Agama Pulai                Sebatang
f ) Anugerah Masjid ceremelang  1 . Tempat kedua peringkat Negeri pada tahun 1999
                                                  2 . Tempat ketiga peringkat Daerah pada tahun 2006
                                                  3 . Tempat kedua peringkat Daerah pada tahun 2008                 
                                                                                             

SEKIAN TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment